KALUMPANG, 12 Jun: Susulan kejayaan dan maklum balas yang positif, NUBE meneruskan penganjuran Program Pembangunan Kapasiti Bagi Inspirasi Dalam Solidariti (CaPIS).
Program tiga hari pada kali ini telah disertai oleh seramai 40 orang ahli dari lima cawangan NUBE di seluruh negara. Program ini memberikan pemahaman kepada para peserta mengenai keperluan memperkasakan solidariti berdasarkan minat, piawaian dan matlamat perjuangan NUBE.
Program ini yang berlangsung di Kalumpang Resort Training Centre berakhir pada 9 Jun 2022.
Ia dikendalikan oleh Setiausaha Agung NUBE, Bro J Solomon dan En Iskandar dengan dibantu oleh Bro Yushamizan dan Bro Afiq dari Ibu Pejabat NUBE.
Para peserta mengucapkan terima kerana program ini telah membawa kesedaran mengenai kepentingan solidariti dalam mencapai matlamat NUBE dalam membantu pekerja-pekerja bank.