KUALA LUMPUR, 12 Jun: Sdra Saifulizan, Ketua Zon, bersama Ahli Jawatankuasa KLSP, Sdra Yushamizan Yusoff telah mengadakan Kunjungan Silaturahim ke BIMB Cawangan Saujana Utama Sg Buloh pada 10 Jun lalu.
Perbincangan yang bernas dan menarik telah diadakan sempena kunjungan itu. Banyak perkara yang telah dibincangkan dan ahli-ahli kekal setia mendengar penerangan pada sesi yang berlaruran sehingga pukul 8 malam.
Di akhir mesyuarat, ahli-ahli bersemangat dan menyambut baik usaha-usaha yang diambil oleh NUBE demi kepentingan para ahli. Ahli-ahli yang hadir menzahirkan komitmen untuk memberikan kerjasama padu kepada NUBE.
Ahli-ahli rasa bersyukur kerana dapat bertemu dengan barisan kepimpinan NUBE KLSP.
Dalam pada itu, NUBE KLSP juga berterima kasih atas kerjasama ahli dan kesudiaan mereka meluangkan masa untuk menjayakan Kunjungan Silaturahim.