KUANTAN, 16 Jun: "Sayang kumbang mencari makan. Terbang seiring di tepi kali. Selamat datang kami ucapkan. Moga diiring restu Ilahi."
Sesi Pengenalan Mesra Seminar Grassroot NUBE KLSP bermula pukul 3 petang tadi.
Seminar kali ini yang berlangsung di Kuantan, Pahang akan berakhir Sabtu ini.
Sesi suai kenal adalah peluang untuk para peserta mengetahui, mempelajari dan memahami banyak perkara baharu berkenaan hak asasi manusia.
Kefahaman dan pengetahuan yang ditimba sepanjang seminar ini akan memudahkan ahli-ahli menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja dan memudahkan permulaan mempertahankan hak di tempat kerja.
Semoga Seminar Grassroot ini menjadi pembuka tirai memupuk kesedaran mendalam hak asasi manusia.