KUANTAN, 17 Jun: Hidup kayu berbuah, Hidup manusia biar berjasa.
Hari kedua Seminar Grassroot NUBE KLSP telah berlangsung dengan jayanya dan amat membina.
Sesi hari ini bermula dengan senaman ringan pagi, berjalan-jalan di tepi pantai untuk mengaktifkan badan dan minda.
Sesi pembelajaran menjurus kepada tugas dan tanggungjawap ahli-ahli NUBE.
Malah, sesi ini menarik pelbagai soalan daripada ahli dengan tajuk yang mencungkil minat mereka untuk mendalamkan lagi pengetahuan ini dan bagaimana mereka boleh menjadi aktif demi melindungi hak diri sendiri dan rakan-rakan yang disayangi.
Satu lagi sesi yang menjadi tarikan para peserta ialah Perjanjian Kolektif dan Prosidur Kilanan.
Bah kata kalau nak menepik mata pedang, asah dulu kepakaran Perjanjian Kolektif dan hak asasi manusia.