JOHOR BAHRU, 20 Jun: Bro Tan Eng Hong, Presiden NUBE, dijemput sebagai Penceramah Jemputan untuk berucap mengenai "Kesatuan Sekerja: Pelindung Hak Pekerja", hari ini.
Pembentangan dua jam itu merangkumi pelbagai aspek seperti pembentukan kesatuan sekerja, tindakan perindustrian, perundingan kolektif, perjanjian kolektif dan penyelesaian pertikaian.
Sekitar 40 pelajar dan dua pensyarah UiTM menghadiri program tersebut. Sesi dijalankan secara dalam talian.