2 June 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai Naib Pengerusi Cawangan Bro Zubir Ahmad dan Ahli Jawatan Kuasa Cawangan Bro Thiagarajan dan Bro Nasiruddin, telah mengunjungi CIMB Bank, Cawangan Tasek.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka