KUALA LUMPUR, 21 Jun: Perjumpaan Solidariti di RHB Taman Suntex anjuran NUBE KLSP dan dihadiri oleh Ketua Zon Sdri S. Ratnesh dibantu oleh Naib Pengerusi NUBE KLSP, Sdra Mohd Faisal Husin.
Jawatankuasa Kerja yang menyokong dan tekun membantu WC Sdra Yeow Kai Xien dan Sdri Nooranira Binti Mahat turut menghadiri mesyuarat ini bersama semua ahli.
KLSP menasihati ahli mengenai e-Pembelajaran terkini, penutupan cawangan dan penilaian prestasi.
Sdra Faisal dan Sdri Ratneshwary juga menekankan tentang kepentingan disiplin di tempat kerja dan senantiasa mengikuti aktiviti NUBE.
Ahli-ahli berikrar Solidariti dan sokongan untuk NUBE KLSP.