GEORGE TOWN, 22 Jun: Lebih 100 orang pemimpin dan ahli-ahli NUBE Cawangan PKP berganding untuk menjayakan piket kebangsaan di hadapan MBSB Bank Cawangan Pulau Pinang di Wisma Penang Garden Business Centre di sini.
Ia merupakan satu lagi cawangan yang menganjurkan piket membantah pengurusan MBSB pada tengah hari ini.
Piket di sini diketuai oleh Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Timbalan Presiden NUBE merangkap Pengerusi NUBE NR PKP.
"NUBE PKP akan terus memberikan sokongan bagi menjayakan piket ini, agar semua ahli NUBE mendapat pembelaan sewajarnya. Saya ucapkan penghargaan kepada semua yang hadir pada hari ini," kata beliau.
Read More: https://fb.watch/dOu3DyChW5/