KUALA LUMPUR, 24 Jun: Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan NUBE KLSP, Sdri S Ratneshwary dan AJK Kerja Sdra Yeow Kai Xien telah mengadakan lawatan ke CIMB dan Affin di Bandar Baru Bangi, CIMB dan Public Bank Equine Park serta RHB Bangi.
Ahli-ahli gembira dengan kehadiran pemimpin-pemimpin NUBE KLSP.
Bagi Sdra Yeow, ini adalah satu pengalaman baharu dan beliau sangat teruja untuk bertemu dengan begitu ramai ahli dan mengadakan perbincangan dengan mereka.
Selain itu, pemimpin-pemimpin NUBE juga mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan hubungan dengan para ahli.
NUBE KLSP akan terus mengadakan sesi seumpama itu demi kepentingan dan kebajikan ahli.