24 Jun 2022, Jumaat - Ahli-ahli Public Bank Jitra telah menjemput NUBE Northern Region ke Mesyuarat Agung Tahunan.
NUBE Northern Region telah diketuai oleh Sdr. Tuan Haji Mohamad Ilyas selaku Ketua Zon & Bendahari Kehormat NUBE Northern Region dan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr. Mohamad Syukri.
Ahli-ahli telah diberi penerangan berkenaan isu semasa antaranya pertikaian perindustrian dengan HSBC, MBSB, isu-isu terkini di dalam sektor perbankan dan hal-hal lain.
Ahli-ahli juga diingatkan agar perlunya bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam menghadapi cabaran masa hadapan di sektor perbankan.
Tahniah kepada barisan IRC baru yang terpilih di bawah pimpinan Sdr. Zaini Halidan, semoga dapat menjaga perpaduan sesama ahli dan memelihara keharmonian industri diantara pihak pengurusan bank serta ahli-ahli.