KUALA LUMPUR, 27 Jun: Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) NUBE Cawangan KLSP meneruskan lawatan bagi mengeratkan hubungan dengan ahli, selain menyumbang kepada usaha menjaga hak dan kebajikan ahli.
Antara AJK yang hadir termasuklah Sdri S Ratneshwary dan Jawatankuasa Kerja, Sdri Herdawati.
Mereka meluangkan masa untuk mengunjungi ahli di HLBB Bdr Mahkota Cheras, BMMB Putrajaya, PUBLIC Bank Bandar Mahkota Cheras, RHB Bandar Mahkota Cheras, PUBLIC Bank Kajang, CIMB Kajang serta OCBC Kajang pada 23 dan 24 Jun lalu.
Semasa lawatan itu, ahli NUBE telah diberi maklumat terkini mengenai isu-isu semasa. Selain itu, ahli-ahli juga memberikan pandangan dan cadangan yang bernas yang akan dilaksanakan untuk manfaat bersama.
Walaupun sibuk dengan komitmen mereka di tempat kerja, mereka berkongsi isu dan menerima maklum balas daripada AJK yang membolehkan mereka mengatasi keraguan mereka.
Ahli-ahli gembira melihat kehadiran AJK Cawangan mereka.
Lawatan itu merupakan tambahan kepada kunjungan ke lima buah bank yang diadakan awal minggu lepas.
Dalam pada itu, menurut Sdri Ratneshwary, bagi Sdri Herdawati pula ia merupakan pengalaman baharu sebagai AJK Kerja, dan "beliau dapat berkongsi pengalaman dengan ahli."
Malah katanya, semasa sesi tersebut, ahli-ahli digalakkan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh NUBE.