KUALA LUMPUR, 27 Jun: NUBE Cawangan KLSP telah menganjurkan Pertemuan Solidariti di Maybank Bandar Baru Bangi, Selangor dekat sini pada 24 Jun lalu.
Sesi itu telah diketuai oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan, Sdri Ratneshwary. Turut hadir AJK Cawangan Sdr Muhamat Yusri. Selain itu, AJK Kerja, Sdri Herdawati juga hadir sama.
Dalam pertemuan ini, Sdri Ratneshwary telah berkongsi maklumat terkini berkaitan perkembangan semasa dan aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Sementara itu, Sdr Muhamat Yusri pula telah menerangkan tanggungjawab ahli dan berkongsi pengalaman sebagai AJK Cawangan.
Sdri Herdawati telah mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman beliau menyertai kursus anjuran NUBE dan menasihatkan ahli-ahli menghadiri kursus NUBE.
Ahli-ahli menzahirkan penghargaan atas kunjungan pemimpin Cawangan, dan turut telah menyerahkan nama untuk mengikuti kursus akan datang.