IPOH, 23 Jun: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, diketuai oleh Pengerusinya, Sdra Syukri Mustafa dan Ahli Jawatankuasa Cawangan , Sdra Nasirudin dan Sdri Sarimah telah mengunjungi ahli-ahli NUBE di CIMB Bank, Jalan Gopeng dekat sini, 23 Jun.
Ahli-ahli telah diberikan penerangan mengenai beberapa isu semasa. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Para ahli berpuas hati dengan maklumat terkini dan gembira dengan kehadiran pegawai NUBE ke cawangan mereka.