IPOH: 30 Jun: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh, diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bro Shahril, Sis Sharen Kaur dan Sis Jayasheila mengunjungi ahli NUBE di Maybank Greentown, Ipoh, semalam.
Para ahli telah dikongsi perkembangan mengenai beberapa isu semasa. Selain itu, mereka juga digalak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Susulan lawatan itu, ahli-ahli yang hadir berpuas hati dengan maklumat terkini dan gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.