30 June 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai Setiausaha Cawangan Bro Edwin Salomon dan Ahli Jawatan Kuasa Cawangan Bro Thiagarajan dan Bro Nasiruddin, telah mengunjungi CIMB, Bercham.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Pegawai NUBE turut berjumpa dengan Pengurus Cawangan, Ms Ho Li Peng.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.