Selasa, 28 Jun 2022, Petaling Jaya - Ahli NUBE di Standard Chartered Bank cawangan PJ State telah menjemput NUBE KLSP untuk mengadakan satu mesyuarat am tahunan. NUBE KLSP yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan selaku Ketua Zon Petaling Jaya iaitu saudara Muhamat Yusri bersama dengan Ahli Jawatankuasa Kerja KLSP iaitu saudara Ameer Izzat di dalam mesyuarat tersebut telah membuat perlantikan IRC NUBE untuk penggal yang baharu di samping menjawab beberapa persoalan ahli berkaitan isu semasa NUBE, permasalahan di tempat kerja dan norma baharu. AJK NUBE KLSP telah berjaya mengembalikan keyakinan ahli-ahli NUBE di cawangan ini dan mereka berjanji akan kembali mengaktifkan mod masing-masing supaya menjadi ahli NUBE yang proaktif dan progressif. Syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli di cawangan ini.