Kangar - 1 Julai 2022 - Ahli-ahli Maybank Kangar & Kuala Perlis telah menganjurkan Mesyuarat Am. NUBE Northern Region Penang/Kedah/Perlis telah diberi penghormatan dengan dijemput ke mesyuarat tersebut.
Tn Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat NUBE Penang/Kedah/Perlis serta Ketua Zon dan Sdr. Zaini Halidan Ahli Jawatankuasa Kerja Zon 1 Alor Setar/Kangar/Langkawi telah mewakili NUBE Northern Region.
Topik yang amat sensasi ketika ini iaitu Perjanjian Bersama 2021 - 2023 menjadi perbincangan dalam mesyuarat.
Ahli-ahli telah dinasihati agar menjaga pekerjaan mereka sebaik mungkin serta bersedia untuk skop kerja baru jika ada pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan IRC yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Semoga dapat menjalankan amanah sebaik mungkin serta menjaga hubungan baik antara majikan dan ahli-ahli NUBE.