IPOH, 5 Julai: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, diketuai oleh Setiausaha Kehormatnya, Bro Edwin Salomon telah mengadakan kunjungan ke CIMB, Bercham pada 30 Jun lalu.
Turut hadir dalam pertemuan, Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bro Thiagarajan dan Bro Nasiruddin.
Pada pertemuan tersebut, ahli-ahli NUBE di CIMB, Bercham telah diberikan maklumat mengenai perkembangan semasa. Mereka juga dinasihatkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Pegawai-pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, Cik Ho Li Peng.
Ahli-ahli yang hadir berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi oleh kepimpinan NUBE. Kepimpinan NUBE akan mengadakan sesi seperti ini dalam usaha mengeratkan hubungan dengan ahli.