Alor Setar - 5 Julai 2022 - NUBE Northern Region Penang/Kedah/Perlis telah memberi kunjungan kepada ahli-ahli di UOB Alor Setar.
Tn Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat NUBE Penang/Kedah/Perlis merangkap Ketua Zon 1, Sdr. Zaini Halidan dan Sdr. Abdul Manan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Zon 1 Alor Setar/Kangar/Langkawi telah mewakili NUBE Northern Region.
Antara intipati pertemuan tersebut adalah berkenaan perlaksanaan cara kerja yang baru di bank tersebut. Ahli-ahli telah berbincang panjang dan diberi penerangan sebaik mungkin.
Ahli-ahli telah dinasihati agar mengikut arahan-arahan yang diberi oleh NUBE dari masa ke semasa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan IRC yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Semoga dapat menjalankan amanah sebaik mungkin serta menjaga hubungan baik antara pihak bank dan ahli-ahli NUBE.