IPOH, 13 Julai: Dalam siri terkini bagi memperkukuhkan ikatan bersama ahli-ahli Kesatuan, kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di Public Bank Berhad Cawangan Kampar.
Sempena kunjungan itu pada 7 Julai lalu, delegasi kepimpinan NUBE Ipoh, yang diketuai oleh Bro Thiagarajan dan Bro Nasirudin, telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli.
Para ahli juga telah diberi nasihat dan galakan mengenai kepentingan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE dari semasa ke semasa.
Kepimpinan mendapati kunjungan kali ini berjaya mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan Kesatuan, dan percaya kebajikan ahli dapat dimantapkan lagi.
Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, En Eng Kok Young.