KALUMPANG, 21 Julai: Selama tiga hari mulai 13 Julai lalu, seramai 41 peserta telah mengikuti Program CaPIS edisi terbaharu di Kalumpang Training Centre Resort, Selangor.
Mereka merupakan ahli-ahli NUBE dari kesemua lima cawangan.
Ibu Pejabat telah mengaturkan pusingan latihan ini bagi memperkasanakan ahli-ahli NUBE.
Aktiviti dalaman seperti 'ice breaking' dan 'mind setting' telah memberikan inspirasi kepada para peserta. Para peserta dilihat sangat ceria dan mengikuti aktiviti yang diaturkan dengan aktif. Para peserta juga telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program, selain bersikap terbuka sepanjang masa.
Kesemua peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberikan nama berasaskan makanan tempatan pasembur, kuih bangkit, satey dan kuih lompat tikam, yang secara tidak langsung memeriahkan penganjuran program.
Menerusi program ini, para peserta yang perlu bangun seawal 6.30 pagi setiap hari dipupuk dengan semangat berdisplin. Mereka juga membuat pembentangan bagi setiap tugasan yang diberikan. Malah, mereka turut berkongsi cadangan dan pandangan bagi memperkukuhkan perjuangan NUBE.
Setiap perserta juga telah melafazkan ikrar masing-masing ketika acara penutup, dan berjanji akan mengekalkan semangat SOLIDARITI dan senantiasa memberi inspirasi bersama NUBE Malaysia demi kemajuan semua ahli dengan bermatlamat, memartabatkan hak dan maruah pekerja.
Tahniah kepada semua peserta yang mengikuti edisi kali ini.
Hidup NUBE Malaysia... Pekerja Kuasa Perubahan
SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU