Persidangan Kebangsaan NUBE yang bertemakan "Ketamakan Korporat Punca Majikan Miskin Jiwa" yang sedang berlangsung dimeriahkan dengan ucapan alu-aluan bersemangat dan 'berapi' Timbalan Presiden Sdr Abdul Jamil Jalaludeen, merangkap Pengerusi NUBE Cawangan PKP. Sesungguhnya ia memberikan suntikan kepada para peserta persidangan.
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU"
Seramai 400 ahli dan pemimpin NUBE berhimpun di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di Kota Bahru bagi menjayakan Persidangan Kebangsaan NUBE.