KOTA BHARU, 23 Julai: Timbalan Setiausaha Agung NUBE, Sis A Karuna dalam ucapan penutup Persidangan Kebangsaan NUBE menasihatkan ahli-ahli NUBE supaya kekal seiring dengan perjuangan kepimpinan NUBE bagi terus memelihara dan berjuang bagi memperbaiki kepentingan ahli.
"Kita sedang berhadapan dengan cabaran dan bakal berhadapan dengan cabaran (dalam industri perbankan," kata beliau dalam ucapannya petang tadi di hadapan 400 orang yang mengambil bahagian dalam Persidangan Kebangsaan NUBE, yang kedua tahun ini.
[1] Cabaran pertama: Wujud pandangan bahawa keahlian NUBE berhadapan dengan keahlian generasi menua, dan disebabkan generasi menua, pekerja-pekerja kategori perkeranian tidak produktiviti dan produktiviti tidak bertambah.
Andaian itu tidak berasas kerana kadar keuntungan bank terus mengalami peningkatan. Sebaliknya, cabaran yang jitu ialah masalah ketiadaan pengambilan pekerja perkeranian dan bukan perkeranian. Peluang pekerjaan bagi kategori ini mungkin tiada ada pada masa akan datang.
[2] Cabaran kedua: Ahli-ahli NUBE perlu menerima perubahan yang sedang berlaku dalam industri bank. Ada segelintir ahli-ahli NUBE semakin tidak mahu menerima perubahan, tidak mahu menerima 'upskilling', 'reskilling' dan 'empowerment' dan tidak mahu hadir sesi latihan.
Dalam keadaan pekerja bukan ahli NUBE lebih ramai menikmati faedah-faedah yang sama atau lebih baik berbanding ahli-ahli NUBE. Juga, sudah ada trend memberi pelawaan kepada ahli-ahli NUBE untuk menjadi pegawai tetapi melakukan kerja pekerja-pekerja kategori perkeranian. Usaha menaikkan pangkat menggunakan "pintu belakang".
Kita perlu tangani isu ini dengan tangkas, dan memaklumkan setiap perkembangan kepada Cawangan dan Ibu Pejabat NUBE.
[3] Cabaran automasi, digitalisasi, 'online' dan 'outsourcing' serta ejen bank - Ini satu lagi masalah besar.
NUBE sudah menulis kepada bank-bank yang menggunakan kaedah EJEN BANK. Ada bank tidak memberi respons kepada permintaan NUBE.
NUBE tidak mahu wujud keadaan, bukan sahaja ahli semasa hilangan pekerjaan sedia ada, tetapi generasi akan datang tiada peluang menyertai bank.
"Saya mahu setiap ahli berganding bahu dengan perjuangan kepimpinan NUBE, bertindak seiring dengan perjuangan kepimpinan demi masa depan kita, kukuhkan kedudukan kita," kata Karuna, yang juga Setiausaha Kehormat NUBE KLSP.