KOTA BHARU, 25 Julai: Setiausaha Agung, Bro J Solomon menzahirkan syabas dan penghargaan kepada urus setia NUBE Cawangan Kelantan-Terengganu yang telah bekerja keras sejak dua bulan lalu untuk menjayakan Persidangan Kebangsaan NUBE dan Piket Kebangsaan fasa keempat yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan semalam.
"Sejak di Ipoh, Perak Mei lalu, kepimpinan pusat telah memutuskan untuk memberi ruang dan peluang kepada cawangan untuk mengadakan persidangan besar seperti ini.
"Nampaknya kepimpinan cawangan sudah mula terima kepercayaan dan telah berjaya menganjurkan dengan lancar dan memuaskan," kata beliau dalam ucapannya pada Persidangan Kebangsaan NUBE semalam. Seramai 400 orang mengambil bahagian dalam persidangan kali ini.