IPOH, 29 Julai: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh, diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan, Sdr Zubir Ahmad dan Bendahari Kehormat Sdr Nicholas Quah, telah mengadakan sesi mengunjungi ahli-ahli di Public Bank Berhad, Sri Manjung.
Kunjungan itu berlangsung 27 Julai.
Sesi itu telah digunakan untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli mengenai beberapa isu semasa. Pada masa yang sama ahli turut dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Anggota IRC baharu juga dilantik pada sesi itu.