IPOH, 5 Ogos: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, diketuai oleh Bendahari Kehormat Cawangan, Sdr Nicholas Quah telah mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli kita di Public Bank (PBB) Gunung Rapat pada 3 Ogos.
Turut hadir Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Thiagarajan, Sdr Nasiruddin dan Sdr Gobiraj.
Sempena kunjungan itu, ahli-ahli yang hadir telah membangkitkan pelbagai perkara dan isu. Barisan kepimpinan telah menggunakan peluang kunjungan untuk berkongsi perkembangan terkini. IRC baharu juga dilantik sebagai jambatan untuk mengeratkan lagi solidariti dan menambah baik khidmat kepada ahli.
Mereka juga menzahirkan sokongan ke atas aktiviti dan program anjuran NUBE Cawangan dan Kebangsaan.
Ahli-ahli yang hadir turut melahirkan rasa puas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE.