IPOH, 13 Ogos: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan kunjungan ke Public Bank, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh pada Khamis lalu.
Delegasi kepimpinan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Cawangan iaitu Sdr Thiagarajan, Sdr Nasiruddin, Sdr Afzainizam dan Sdr Gobiraj.
Pada sesi itu, ahli-ahli telah diberikan penerangan mengenai perkembangan semasa dan penjelasan ke atas isu-isu berbangkit. Mereka juga dinasihatkan supaya mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE kerana ia penting untuk memperlihatkan solidariti ke atas perjuangan NUBE.
IRC baharu juga dilantik.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran pegawai NUBE.