KLANG, 17 Ogos: Semalam, NUBE KLSP telah dijemput oleh ahli-ahli kita di Maybank Cawangan Klang ke mesyuarat tahunan cawangan itu.
Mesyuarat dimulakan pada jam 5.45 petang dan dikendalikan oleh Sdr Pragash, AJK Cawangan KLSP dengan dibantu oleh Bro Zamri, Ahli Jawatankuasa Kerja.
Mesyuarat telah dihadiri oleh lapan kakitangan perkeranian bank tersebut. Seorang daripada mereka adalah ahli kita manakala yang lain ahli berpotensi.
Ahli berpotensi terbabit telah mengemukakan soalan berkaitan terma dan syarat penyertaan semula sebagai ahli kesatuan. Sdr Pragash telah menerangkan secara terperinci mengenai aspek tersebut.
Kita berharap lebih ramai ahli akan menyertai NUBE untuk meningkatkan perlindungan sosial untuk pekerja.
Mesyuarat tamat sekitar jam 6.25 petang. Daripada maklum balas yang diterima, mereka gembira dengan sesi dialog tersebut.
NUBE terbuka untuk semua pekerja.