Pulau Langkawi - 16 Ogos 2022 - NUBE Penang/Kedah/Perlis telah menganjurkan aktiviti kunjungan mengeratkan silaturrahim sesama ahli-ahli dan Mesyuarat Am di Pulau Langkawi.
Sdr. Tuan Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat NUBE Penang/Kedah/Perlis merangkap Ketua Zon 1 dibantu oleh Sdr. Mu'az Mohamad Akhir dan Sdri. Nurul Afatin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja dari Pulau Langkawi telah mewakili NUBE Penang/Kedah/Perlis dalam melakukan kunjungan ke semua bank-bank yang berada di Pulau Langkawi.
Kesempatan turut di ambil dengan beramah mesra dengan pihak-pihak pengurusan bank di kawasan tersebut. Pertemuan kali ini juga amat bermakna setelah terdapat jurang akibat pandemik Covid-19.
Meskipun Covid-19 telah melanda dan kesannya amat mendalam, ianya tidak melunturkan semangat ahli-ahli di Pulau Langkawi untuk terus memberikan sokongan terhadap NUBE.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Semoga dengan kunjungan ini, ianya dapat memberi manfaat besar serta membakar semangat ahli-ahli untuk terus mempertahankan NUBE tercinta.