IPOH, 18 Ogos: Barisan pemimpin NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan kunjungan untuk bertemu dengan ahli-ahli kita di Maybank Cawangan Menglembu pada 11 Ogos lalu.
Ahli-ahli cawangan tersebut telah diberi taklimat mengenai perkembangan semasa. Mereka juga digalakkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Delegasi pegawai NUBE Ipoh terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Thiagarajan, Sdri Sharen Kaur, Sdr Afzainizam dan Sdr Gobiraj.
Pemimpin Cawangan turut mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengurus Bank, Abdul Hadi.
Pertemuan ini dilihat telah meningkatkan semangat para ahli yang berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi dan gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE.