KLANG, 19 Ogos: Pada 17 Ogos 2022, NUBE KLSP telah dijemput oleh Standard Chartered Bank Cawangan Klang untuk mesyuarat tahunan. Mesyuarat telah dijalankan pada pukul 5.45 petang oleh Sdr Pragash, Ahli Jawatankuasa Cawangan/Zon KLSP dan dibantu oleh Sdr Zamri (Ahli Jawatankuasa Kerja) bersama enam ahli dari Standard Chartered Bank.
Ahli-ahli meminta penjelasan mengenai penghijrahan SST, fungsi kerja perkeranian dan kemas kini mengenai Perjanjian Kolektif. Sdr Pragash telah menjelaskan dan turut menerangkan tentang status Perjanjian Kolektif dan telah menasihatkan ahli agar memaklumkan NUBE jika terdapat sebarang perubahan dalam fungsi kerja atau pekerjaan yang disumber luar. Ahli-ahli gembira dengan kunjungan pegawai-pegawai NUBE yang akan kembali dengan maklum balas berhubung isu-isu dibangkitkan.
Mesyuarat berakhir pada pukul 6.40 petang dengan pencalonan IRC yang baharu.