MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUBLIC ISLAMIC BANK & AUTO FINANCE JALAN KOTA, ALOR SETAR, KEDAH
18 Ogos 2022 - Alor Setar - Ahli-ahli NUBE di Public Islamic Bank & Auto Finance Jalan Kota telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2022/2023.
NUBE Penang/Kedah/Perlis telah menghantar delegasi yang diwakili oleh Sdr. Tuan Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat merangkap Ketua Zon 1, Sdr. Abdul Manan dan Sdr. Zaini Halidan, masing-masing Ahli Jawatankuasa Kerja Zon 1.
Ahli-ahli diberi penekanan tentang kepentingan menjaga NUBE sebaik mungkin dengan mengambil bahagian dalam semua aktiviti NUBE sama ada secara fizikal ataupun maya melalui media sosial.
Delegasi NUBE Penang/Kedah/Perlis turut berkesempatan dengan bertanyakan khabar pada Pengurus Cawangan Public Islamic Bank, Encik Megat.
Tahniah diucapkan kepada Sdr. Muhamad Syukri yang dipilih untuk menjadi Pengerusi IRC. Semoga dapat menjalankan amanah dan tugas sebaik mungkin.