PORT DICKSON, 20 Ogos: Seminar yang bermula pada 17 Ogos 2022 sedans berjalan dengan baik.
Peserta sedang membina pemahaman yang lebih baik tentang pergerakan kesatuan sekerja yang menjaminkan syarat waktu kerja lapan jam, hari rehat, bayaran kerja lebih masa, gaji minimum dan banyak lagi terma dan syarat yang bermanfaat untuk pekerja.
Pelbagai aktiviti pembelajaran termasuk pembentangan maklumat, memainkan peranan berjumpa dengan majikan untuk menyelesaikan pertikaian, permainan yang menyeronokan di pantai dan BBQ membantu para peserta membina sikap saling mempercayai, toleransi, menghormati satu sama lain, dan disiplin.