IPOH, 20 Ogos: Pada 17 Ogos lalu, barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan kunjungan ke Public Bank, Ayer Tawar untuk bertemu dengan ahli-ahli bank tersebut.
Pemimpin yang menyertai dalam kunjungan itu termasuklah Bendahari Kehormat Cawangan Sdr Nicholas Quah dan Ahli Jawatankuasa Sdr Nasiruddin.
Ahli-ahli telah diberikan maklumat mengenai perkembangan terkini. Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.