BATU GAJAH, 22 Ogos: Kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh dengan diketuai oleh Sdr Shahril telah mengunjungi ahli-ahli kita di Maybank cawangan Batu Gajah, Perak.
Turut hadir dalam sesi itu yang diadakan pada 18 Ogos ialah Sdri Jayasheila, Sdr Nizam dan Sdri Sharen Kaur.
Ahli-ahli telah diberi taklimat berhubung isu-isu semasa. Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Anggota IRC turut dilantik pada sesi pertemuan kali ini.
Kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, En. Evan Seow.
Sesi ini dilihat sangat bernas kerana ahli-ahli yang hadir telah mengambil bahagian dengan aktif dalam sesi perbincangan bagi memperkasakan NUBE. Mereka gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE.