MELAKA, 24 Ogos: Dua pemimpin NUBE hari ini dikurniakan Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.
Pertama kali dalam sejarah NUBE Zon Selatan, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sdr Tan Eng Hong, iaitu Presiden NUBE dan merangkap Setiausaha Kehormat Cawangan NUBE SMJ, dan Sdr Shahalam Mohd Rashid, Ahli Jawatankuasa NUBE SMJ dianugerahkan PBM.
PBM dikurniakan sejak tahun 1971 kepada orang-perseorangan yang memberi perkhidmatan dan sumbangan yang baik kepada masyarakat di dalam pelbagai bidang.
Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Melaka kepada khidmat bakti yang tidak ternilai dicurahkan kepada NUBE dalam martabatkan ahli-ahli NUBE serta warga pekerja selama ini dan ia amat membanggakan.
Barisan Exco dan NUBE Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Sdr Tan Eng Hong dan Sdr Shahalam.