NUBE CaPIS adalah salah satu program Pembinaan Kapasiti untuk Inspirasi dalam Perpaduan, ia merupakan sebuah program yang dianjurkan untuk ahli NUBE secara berkala untuk mengabungkan semula solidariti Ahli yang telah terpisah lebih daripada dua tahun akibat "penjarakan sosial" dan mengembalikan kenormalan dengan menyediakan di dalam persekitaran Back to Nature.
Kegembiraan dan keceriaan yang luar biasa telah bersinar semula apabila 34 peserta dari seluruh Malaysia telah berkumpul pada 22 – 24 Ogos 2022 yang lalu.
Ini merupakan kumpulan ke-9 bagi tahun 2022 dan kami sangat gembira apabila melihat mereka berinteraksi dengan penuh kegembiraan, keceriaan dan kesungguhan dalam setiap sesi program. Marilah kita saksikan kemeriahan ahli NUBE dalam salah satu sesi program CaPIS.
Kepada semua Ahli NUBE, selamat nikmati hujung minggu anda semua dengan penuh bermakna dan bergembira bersama keluarga kerana kita akan bertemu lagi pada esok di media sosial kita NUBE Malaysia Facebook.