10 September 2022, Youth Park Georgetown Penang.
NUBE NR-PKP telah menganjurkan satu program FUN HIKE buat ahli NUBE dari wilayah utara
Seramai 40 orang ahli menyertai FUN HIKE ini yang bermula seawal 7.30 pagi sehingga 10.00pagi.
Pengerusi NUBE NR-PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen telah memberikan ucapan perasmian dan memberi kata-kata Solidariti buat semua peserta yang hadir.
Kita bermula di Youth Park dan berakhir di Moon Gate.
Matlamat dan objektif utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan solidariti sesama ahli, berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman pendakian dalam kalangan ahli serta menjadikan aktiviti pendakian sebagai gaya hidup sihat.
Mudah atau sukar sesuatu pendakian bergantung kepada individu itu sendiri.
Namun selepas anda berjaya sampai di puncak, segala penat lelah pasti lenyap.
Acara di akhiri dengan penyampaian pingat buat semua peserta.
Semoga kita bertemu lagi di aktiviti seterusnya. Hidup NUBE! SOLIDARITI BUAT SELAMANYA