TELUK INTAN, 13 Sept: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan kunjungan melawat ahli-ahli kita yang berkhidmat di Maybank dan CIMB, Teluk Intan, Perak pada 24 Ogos lalu.
Delegasi kepimpinan terdiri daripada Naib Pengerusi Cawangan, Sdr. Zubir Ahmad. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Cawangan iaitu Sdri. Sarimah, Sdr. Nasir dan Sdri. Sharen Kaur.
Ahli-ahli telah diberikan maklumat terkini mengenai beberapa isu semasa. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE. Pengerusi IRC juga dilantik sempena lawatan itu.
Para ahli berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi dan gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.