IPOH, 13 Sept: Bagi memperkukuhkan ikatan bersama ahli-ahli Kesatuan, kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di Public Bank Cawangan Bercham.
Sempena kunjungan itu pada 24 Ogos lalu, Ahli Jawatankuasa NUBE Ipoh iaitu Sdr Thiagarajan dan Sdr Gobiraj telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan berbincang tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli.
Para ahli juga telah diberi nasihat dan galakan mengenai kepentingan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE dari semasa ke semasa.
Kepimpinan mendapati kunjungan kali ini berjaya mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan Kesatuan, dan percaya solidarity ahli terus dimantapkan.
Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, En Chan Jiunn Hoe.