Kepimpinan NUBE Ipoh lawat ahli-ahli di Public Bank, Chemor
IPOH, 13 Sept: Dalam siri terkini bagi memperkukuhkan ikatan bersama ahli-ahli Kesatuan, kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di Public Bank, Cawangan Chemor.
Sempena kunjungan itu pada 25 Ogos lalu, delegasi kepimpinan NUBE Ipoh, yang diketuai oleh Sdr Thiagarajan, Sdr Nasiruddin dan Sdr Gobiraj telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan berbincang tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli.
Para ahli juga telah diberi nasihat dan galakan mengenai kepentingan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE dari semasa ke semasa.
Kunjungan kali ini berjaya mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan Kesatuan, dan percaya solidariti ahli dapat dimantapkan lagi.
Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengurus Cawangan, En Ikmal.