Edisi ke-2
1. Memasak di atas rakit.
Pengalaman memasak dalam satu pasukan sering kita dengar di mana-mana saja termasuk di majlis kenduri atau keramaian.
Kelainan bagi program NUBE CaPIS ini adalah mereka diberi tugasan dalam satu pasukan untuk menyediakan masakan di atas rakit yang mereka sendiri bina.
Kreativi dan kerjasama dalam pasukan amat diperlukan kerana semua terpaksa turun beraksi dalam menyiapkan task binaan rakit mereka. Pembahagian kerja diagihkan kerana setiap peserta memainkan peranan penting dlm menjayakan task yang diberi.
Dari pembinaan rakit ke sembelihan ayam hidup serta penyediaan bahan masakan telah memberikan satu pengalaman yang amat berharga kepada kesemua peserta NUBE CaPIS ini.
Hasil daripada tugasan yang diberikan adalah ia telah membawa kepada solidariti dalam satu pasukan bagi mencapai matlamat dan hasrat yang sama.
Nantikan kesinambungan program seterusnya di edisi yg ke-3