6 September 2022
Jawatankuasa NUBE Perak telah melawat ahli di Pusat Khidmat Maybank Slim River. Naib Pengerusi Cawangan Sdra. Zubir Ahmad, Bendahari Cawangan, Sdra Nicholas Quah dan Ahli Jawatankuasa Sdri Jayasheila telah mengetuai lawatan ini.
Perbincangan antara ahli Kesatuan dan Pemimpin adalah mengenai isu semasa dan kepentingan ahli menyertai aktiviti Kesatuan serta perlantikan Jawatankuasa Penyelaras Pusat Khidmat Maybank Slim River.
Semua ahli amat gembira dengan lawatan para Pemimpin.