14 September 2022 - Kangar
NUBE Penang/Kedah/Perlis telah mengadakan lawatan di Zon 1 untuk bertemu ahli-ahli di bank-bank yang terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Antara bank-bank yang dilawati adalah CIMB Bank, Bank Islam, MBSB Bank, Affin Bank & RHB Jalan Kuala Kedah pada 13 September 2022.
Pada 14 September 2022, Public Bank & Auto Finance Center Kangar telah dikunjungi oleh NUBE Penang/Kedah/Perlis yang diwakili oleh Sdr. Tuan Haji Mohamad Ilyas, Ketua Zon merangkap Bendahari Kehormat NUBE Penang/Kedah/Perlis, Sdr. Zaini Halidan, Sdr. Abdul Manan & Sdr. Mohamad Syukri kesemuanya Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja NUBE Penang/Kedah/Perlis.
Ahli-ahli mengambil kesempatan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kesatuan yang mengunjungi mereka.
Semoga lawatan pada kali ini dapat mengukuhkan persaudaraan yang terjalin sekian lama. Syabas & Tahniah kepada semua yang terlibat.