Edisi ke-3
2. Program Jejak Hutan
Peserta dikehendaki bangun seawal 6:00 pagi bagi memulakan aktiviti NUBE CaPIS ini.
Aktiviti di awal pagi dimulakan dengan aktivi jejak hutan.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, senaman asas telah diadakan untuk semua peserta dengan masing-masing akan membuat sebuah bentuk cara senaman anggota tubuh yang akan diikuti oleh semua peserta.
Perjalanan jejak hutan sejauh lebih dari 10 km ini telah mengajar peserta dalam erti gaya hidup yang sihat serta membawa kepada semangat tolong menolong antara satu sama lain kerana peserta harus mengharungi jalan yang berliku di dalam hutan seperti mendaki dan menuruni curam untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan.