Public Bank Cawangan Jalan Beserah Kuantan melalui IRC Sis Haniza dan Bro Sujairi turut mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dan mesyuarat bagi cawangan mereka pada 15 September 2022.
Mesyuarat yang bermula dari Jam 5.45, petang sehingga 8.15 malam diketuai oleh Bro Mohd Fauzie Yusof dan di bantu oleh Bro Mohd Faisal Husin.
Mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan perlantikan IRC bagi sesi 2022/2023 juga dapat di lakukan.
Ahli ahli di cawangan ini juga dapat berkongsi pandangan dan cadangan dan mereka telah diberikan penjelasan dan pemahaman untuk setiap perkara oleh AJK KLSP.
Kesemua ahli ahli yang hadir berpuashati dan dilihat bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh AJK KLSP dan mesyuarat telah tamat pada jam 8.15 malam dengan mengadakan sedikit jamuan makan di cawangan mereka di atas perhargaan kehadiran AJK KLSP di cawangan mereka.