Georgetown, Pulau Pinang 19 September 2022 - Pegawai - pegawai NUBE NR PKP diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Sdr T. Eswaran dan diikuti Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Cheng Al-Vin telah membuat lawatan kerja di Affin Bank cawangan Macalister dan CIMB Bank Cawangan Pulau Tikus pada hari ini.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta perkembangan dan aktiviti Kesatuan serta mengadakan perbincangan melibatkan isu di tempat kerja.
Hasilnya, semangat Solidariti bersama terbina antara Pemimpin Kesatuan dan Ahli kesatuan melalui lawatan kerja ini. Ahli-Ahli juga dinasihatkan agar sentiasa mempelajari ilmu dan hak berkesatuan di tempat kerja supaya terus kekal relevan didalam industri perbankan. Ahli-ahli juga disarankan untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti Kesatuan NUBE anjurkan. Ahli-ahli NUBE NR PKP sangat gembira dengan kehadiran pemimpin NUBE NR-PKP.