14 September 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh dianggotai Naib Pengerusi Cawangan Bro Zubir Ahmad dan Bendahari Kehormat Cawangan Bro Nicholas Quah, telah mengunjungi OCBC Bank, Taiping.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Semua ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.