20 September 2022, Butterworth, Pulau Pinang - Sdr Chee Yeeh Ceeu, Bendahari Agung NUBE Malaysia merangkap Setiausaha Kehormat NUBE Northern Region bersama Sdr Mohamad Rizal Othman selaku Ahli Jawatankuasa Cawangan telah membuat lawatan ke beberapa cawangan di Butterworth. Antara cawangan-cawangan Bank yang dilawati adalah Maybank Butterworth, Public Bank Taman Selat, CIMB Taman Selat, Affin Bank Taman Selat, Bank Islam Taman Selat dan Maybank CPI Bagan.
Pegawai-Pegawai NUBE telah berjumpa dengan ahli-ahli dan telah menyalurkan maklumat terkini yang sedang berlaku di industri perbankan.
Ahli-Ahli telah menyambut baik serta menerima kunjungan dan mengalu- alukan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan NUBE.