Jelutong , Penang 20 September 2022- Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Maybank Cawangan Jelutong bagi sesi 2022/2023 telah di sempurnakan melalui satu Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) pada hari ini.Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Presiden NUBE merangkap Pengerusi NUBE NR PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan iaitu Sdr Zainul dan Sdri Sonia serta Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin dan Saudari Mazira.
Mesyuarat di mulakan dengan ucapan aluan dari IRC Mary Louis disusuli dengan ucapan perasmian oleh Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen. Menerusi ucapan beliau,
Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen telah memberi banyak nasihat dan motivasi kepada ahli untuk terus menyokong perjuangan kesatuan NUBE. Selain menekankan mengenai cabaran masa kini dalam perbankan, ahli-ahli juga diingatkan untuk terus memupuk semangat solidariti antara satu sama lain.Tambah beliau lagi, Kesepakatan yang dititikberatkan mampu mendatangkan kebaikan dalam menghadapi sebarang bentuk cabaran pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Lawatan kerja di Cimb Bank dan OCBC Batu Maung telah dijalankan. Ahli-ahli NUBE PKP telah diberi penerangan mengenai isu-isu terkini perbankan. Ahli-ahli NUBE sungguh gembira dengan kedatangan Pegawai-pegawai ke cawangan tersebut.
Syabas dan Tahniah atas perlantikan IRC di Maybank Cawangan Jelutong.